Tuesday, January 19, 2010

Aku dan Cheese Tart




Salam,
disebabkan cheese tart ni la lama betul Zan tak update blog Zan. Weekend memang sibuk dengan tempahan. Alhamdullilah...terima kasih Allah pemberi rezeki kami.
Ceese tart Zan jual tak mahal....70sen sebiji...ramai marah kat Zan kerana jual murah sangat. Tapi pada Zan....biarlah customer Zan puashati dan paling penting lepas modal sikit dan untung skit..jadi la...
sesapa nak oder...jgn lupa pm Zan kat facebook ye..!

Wednesday, January 13, 2010

Presenting...Anak2 ku.

Zan belum introduce lagi anak2 Zan kan?
Zan ada 4 org anak. Yang sulung kembar perempuan. anak dara sunti 13 tahun.
Zan tak sangka dikurniakan anak kembar selepas 2 bulan bernikah. Alhamdullilah..
Kemudian dikurniakan sorang lagi puteri dan 2 tahun selepas tu..dikurnikan seorang putera.
Anak2 ku..semoga menjadi anak2 yang solih, manusia berjasa pada berguna pada masyarakat dan negara..Amin.






Khalidah Jasmin dan Khairiah Jasmin
13 tahun













Khairin Hidayah
9 Tahun











Adam Muqri
7 Tahun

Sunday, January 10, 2010

Perlu kah Aku Emo..?












Zan bukannya apa..cuma Zan tak berapa berkenan dgn manusia yang bersikap BOSSY..suka perintah org...buat itu dan ini...!Sesuka ati je..
OOOpppsss...ni tak de kena mengena dgn cerita kat opis tau.....ofis mate Zan dan Boss Zan very the superb..!

Alkisahnya...sepupu dan makcik Zan nak plan buat Family Day kat PD..ok fine...!Sebelum ni kami (5 Keluarga) akan kutip sorang rm50 setiap bulan. Dana tersebut akan kami gunakan utk holiday,makan2 dan kecemasan. Dah 2 tahun kami buat collection. Duit adalah dekat RM3000.
Tu yang makcik Zan propose nak buat Family Day tu..

Maka meeting pun bermula...penginapan diuruskan oleh pakcik Zan. Kami book kat Eagle ranch Resort.Harga Bilik rm173 ,breakfast Adult rm17.00 dan kids dapat 50%.
Cuma dinner je,tugas Zan kena cari restaurant dan book utk 30 org makan. maknanya tugas Zan dan hubby akan bermula sebelum kami check in lagi.

Then bila bab goodies pula , tugas Zan utk menyediakan goodies utk kids. Then,makcik2 Zan pulak minta Zan buatkan blueberry cheese tart untuk 150 biji...siap pack utk each keluarga. Yg ni Zan bole bersabar lagi.

Pastu bab beli Air mineral,milo kotak...pun Zan jugak....masa ni muka Zan dah lain macam dah. Kelat masam.Tak pe...sabar2...

Memandangkan perbincangan tu kat umah Zan..Zan pun jamu la dorang dgn meehoon dan kueh skit....tup2..diorang oder pulak mee hoon , mintak Zan buat utk minum petang. Helloooo...ingat Zan ni robot ke..?Zan diam je...

Lepas tu acara games tu pun minta Zan dgn sepupu Zan uruskan. Yg ni Zan tak ckp sepatah pun. Nak bangkang, Zan tak reti..?serius..Zan tak pandai bab2 gini.

Alahai ....yg dtg perbincangan pun makcik,pakcik, Zan dan sepupu. Ahli lain tak dtg.Anak menantu dia pun tak dtg. Jadi semua task dorang dump kat Zan dan cousin.

Zan nekad...pas ni Zan nak quit dari ahli caruman rm50 tu..harap ahli je ramai..buat kerja kita yang lebih....org lain relax jee..tak de nak sebuk pun.

Wednesday, January 6, 2010

Weekdays Yang Sibuk.

Well, dah hampir seminggu kita dalam Tahun Baru 2010. Maka seminggu jugak la rutin Zan berubah berbanding tahun lepas.
Untuk 2010..semua anak2 Zan bersekolah di KL. Si kembar bersekolah di Sekolah Menengah Puteri Wilayah...sekolah ni belakang ofis Zan aje.. si Adam dan Khairin pula di Sekolah Hisamuddin Alam Shah.

Pepagi lagi Zan dah kuar..(6:15 pagi)....sampai ofis sekitar 7 pagi. Uruskan breakfast dan lunch si kembar..then antar mereka gi sekolah..(jln kaki je). Sebelum mereka gi sekolah tu, diorang stay kat ofis Zan..lepak kat surau. Kat situ la mereka buat homework,revision dan kol 12 baru gerak ke sekolah.

Faizal pulak uruskan Khairin dan Adam...tghari gi uruskan lunch mereka sebelum kelas KAFA start. Jam4:30 ptg pulak mereka balik dan Faizal antar mereka ke ofis Zan. Mereka mandi di ofis Zan dan stay sampai 6;30 petang sebelum kami balik dan mengambil si Kembar sekitar 6:45 ptg.

Sampai rumah lebih kurang 8 mlm. Kami dinner(beli lauk je) dan start la aktiviti basuh baju,lipat baju dan prepare buku2 sekolah anak utk esok pulak...gosh!! padatkan?

Tapi Zan puashati..Zan bole pantau anak2 Zan..one more thing..bole save bajet transportation.

cth kiraan: tambang bas sekolah 4 org rm240.00
duit minyak gi kerja rm700.00
jumlah rm 940.00

rm940..fuhh!! atas jalan je dah habis duit tu...tu la Zan bertekad tahun ni nak bawak anak2 Zan semua bersekolah KL.At least bole save sikit...insyallah!

Monday, January 4, 2010

Cuti-cuti

Pagi tadi Zan check baki cuti dengan bhg admin....ada baki 17 Hari lagi cuti tak ber usik lagi....tahun 2010 Zan layak cuti 30 Hari ...so total kelayakan cuti utk thn ni jadi 47 Hari. Banyak tuuu..!

Insyallah Zan nak simpan skit utk Golden Hand Shake..maknanya baki cuti yang tak habis bole diganti dgn wang. Adalah sikit imbuhan bila Zan pencen nanti.

Kalau ada rezeki, thn ni Zan nak Jalan2...gi umah Kak Tik kat Terengganu...dah lama Zan tak jejak Terengganu(almost 8 years..)....insyallah Kak Tik..kami akan sampai!

Sunday, January 3, 2010

Reunion SMPW


2 Jan 2010....membawa kenangan indah bagi Zan...hampir 20 thn Zan terpisah dgn rakan sekolah lama...Sek Men Puteri Wilayah...
Gathering diadakan di Hotel Dorsett...dari 12tgh - 4 ptg...makanan memang superb.Kami makan sambil borak..gelak...borak lagi dan gamat betul masa sessi bergambar.

Zan bangga kawan2 Zan ramai yang berjaya...jadi bizneswomen,executive...tak sangka...masa sekolah dulu2...semua agak low profile....! I'm proud of u all...

Wednesday, December 30, 2009

Selamat tinggal 2009.

Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan ke tahun baru 2010. Sekejap je masa berlalu. Pantas!
2009 banyak meninggalkan kenangan suka duka pada keluarga kami. Tahun tu juga banyak Zan belajar dlm kehidupan seharian. Tahun tu jugak la Zan tak ada maid(selepas habis kontraknya) dan semua pengurusan rumahtangga di lakukan kami suami isteri.

Penat?..memang la penat...seawal 4 pagi zan dah bangun utk memasak. Tinggal kan lauk diatas meja utk anak2 daraku.supaya pulang sekolah..lunch dah tersedia!...

Balik ofis pulak...rush utk basuh baju ,lipat baju,antar tusyen...then prepare utk menu esok...itu la yang terjadi sepanjang 2009....

Rehat?....tak ada istilah tu...Zan rehat bila tidur je.Letak kepala trus...zzzzzz!

2009 juga memberi rezeki pada keluarga kami...suami Zan ada juga dapat projek Renovation Rumah. Dari bulan Ogos hingga sekarang....masih ada demand...alhamdullilah...rezeki Allah.

2010....kami disini mengharapkan ada sinar baru dalam kehidupan..moga rezeki bertambah..kesihatan yang bagus...dan dijauhi dari malapetaka!Amin...!